10 Tips untuk pertama Kali ke Pulau Perhentian

pulau-perhentian04
Okay, siapa dekat sini ada plan untuk pergi ke Pulau Perhentian? Iday nak kongsikan tips untuk pertama kali ke Pulau Perhentian. Iday harap tips ini berguna kepada mereka yang merancang untuk ke Pulau Perhentian especially first timer :)
 
1 |  Pilih area pulau yang bersesuaian.
 
Untuk pengetahuan semua, Pulau Perhentian ini ada beberapa bahagian dan amatlah penting apabila memilih tempat penginapan. Boleh tengok peta bawah.
 
 
 
Sorry, iday tak jumpa map yang sesuai. Tapi yang ni pon boleh. Okay dari map ni korang boleh tengok ada area Fisherman, Long Beach, Coral Bay. Setiap chalet dekat Pulau Perhentian ada kelebihan masing-masing.
 
Contohnya kalau korang jenis lepak malam, nak tengok pertunjukan api , korang boleh stay dekat area Long Beach. Kalau korang nak tengok sunset boleh stay dekat area Coral Bay, kalau nak duduk kawasan kampung and makan murah boleh stay dekat Fisherman Village and boleh tengok masjid baru dekat Pulau Perhentian ni
 
Kalau nak stay dekat Fisherman Village, korang boleh stay dekat Sealife Inn. Before ni iday stay sana and serius harga makanan jauh berbeza lagi murah dengan area Long Beach, maybe sebab kawasan kampung ikut harga orang sana.
 
Whatsapp Enquiry :  +60142128764 (Encik Nazir)
 
2 | Jika naik flight, make sure ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu, Kelantan
 

Iday rasa ramai yang buat silap kan, pergi booking flight ke Lapangan Terbang dekat Terengganu. Yelaa, Diorang semua ingat yang Pulau Perhentian kan terletak di Terengganu so kena turun flight kat sana.

Sebenarnya kalau nak ke Pulau Perhentian, korang kena naik bot dekat Jeti Kuala Besut. Kalau dari Terenganu, kena drive and ambil masa lebih kurang 2 jam ke jeti Kuala Besut. Kalau teksi? Lebih dari Rm100. So, jangan buat silap ni ye :)

Cantik Airport dekat Kuala Terengganu ni Hehehe :)
 
3 | Kena tahu jadual bot sebelum booking flight or bus supaya tak tunggu lama or tergesa-gesa
 

Untuk pengetahuan korang, bot ke Pulau Perhentian adalah dari pukul 9 pagi-4.30 petang. Biasanya diorang akan berlepas bila bot dah penuh dengan penumpang. Kalau balik ke jeti, ada 3 waktu iaitu 8 pagi, 12 tengahari dan 4 petang. Tapi kalau korang punya trip diuruskan oleh ejen, diorang dah bagitau korang siap-siap tentang waktu bot ni.

Sebelum ni, iday ke Pulau Perhentian, iday sampai lebih pukul 1 dan bergerak ke Pulau Perhentian pukul 2. Perjalanan pulang pula diuruskan oleh En.Nazir iaitu pemilik Sealife Inn.
 
Korang kena tahu, waktu jadual bot supaya korang boleh budget masa dan tidak terlepas bas or kapal terbang untuk pulang.
 
4 | Pemilihan pakej yang sesuai
 
Kalau korang check online, sebenarnya pelbagai pakej yang ada kalau korang hendak ke Pulau Perhentian. Tetapi kena pandai memilih pakej especially adakah harga berbaloi dengan pakej yang ditawarkan.
 
Masa iday pilih pakej untuk ke Pulau Perhentian, iday check dengan ejen iday :
 
+ Berapa checkpoint untuk pakej snorkeling dan dimana checkpoint itu (makesure ada shark checkpoint Hehe)

+ Siapa akan handle kalau iday perlu perkhidmatan bot melawat sekitar pulau. Make sure ejen akan tolong kita. Hari tu Iday ada sewa bot untuk ke Kincir Angin. Kalau ejen yang handle, dia boleh dapat harga diskaun dengan pemandu bot.

+ Ada perkhidmatan sewa waterproof camera and berapa?
+ Adakah pakej termasuk makan? makan ape? kalau without makan, harga pakej boleh kurang? (sebab iday plan nak makan dekat kedai di area kampung, so iday taknak makanan yang disediakan oleh chalet/hotel)
 

Memang bunyi banyak songeh, tapi kena lah plan betul-betul. Hehe

Iday pilih Sealife Inn, and serius puas hati dengan pakej yang disediakan. Siap ada BBQ lagi. Kalau korang nak pergi bersama kawan-kawan, ida recommend sangat Sealife Inn sebab dia ada bilik untuk 3 orang, 6 orang dan 10 orang.

Whatsapp Enquiry :  +60142128764 (Encik Nazir)
 
5 | Jangan lupa bawa Selipar! Kasut boleh bawa jika ada plan nak jungle trekking
 
Kalau korang tiada plan untuk jungle trekking, iday syorkan pakai selipar or croc. Tapi kalau plan nak panjat tangga Kincir Angin tu, korang boleh bawa kasut.
 

Bila korang snorkeling, korang takkan pakai apa-apa, menyesal tak bawak croc hari tu sebab kaki ida luka kena terumbu karang hari tu.

Berkilauan kaki aku. free-free je nak hadap terumbu karang tu. Hahaha
 
Iday pula lupa bawa selipar and terpaksa beli selipar dekat sana. Kalau beli area Long Beach atau tempat tumpuan tourist, agak mahal. Kalau korang beli dekat kedai runcit area Fisherman Village, dapat murah. Hehe
 
6 | Pemilihan bag dan pakaian yang sesuai
 

Jangan bawa bag yang ada roda semua tu ye, susah nanti nak angkut masuk bot.

 

Hehehe Pakaian pon penting, sila bawa baju yang bersesuaian. Kalau kawasan kampung, memang dilarang sama sekali memakai pakaian yang menjolok mata. Bikini Bikini, No No! Haha

 
Bawa bag kedap udara supaya bila atas bot, korang boleh letak barang berharga seperti wallet or phone dalam bag tu.
 
7 | Bawa duit or wallet semasa snorkeling.Oh sila bawa cash yang cukup bila ke Pulau Perhentian
 

Kenapa bawa duit or wallet? Semasa snorkeling, bila waktu lunch, diorang akan berhenti makan di kedai dekat Fisherman Village.

Masa iday berhenti makanan hari tu, ada beberapa pelancong yang terpaksa pinjam duit dengan guide sebab tak bawa duit.  Kecuali korang punya pakej memang ada lunch sekali, so jangan risau. Tapi apa-apa, kena confirm dengan ejen.

 
 

Sebab tu iday pilih untuk stay dekat Fisherman Village, supaya time diorang stop waktu lunch, iday boleh balik ke bilik untuk solat and ke toilet or ambil duit Hehe

Make sure bawa cash yang mencukupi sebab dekat Pulau Perhentian tiada mesin atm.

8 | Waterproof Camere, sewa atau sendiri

Serius, kalau datang ke Pulau Perhentian dan ada pakej untuk snorkeling, mesti ada waterproof camera atau sewa dekat chalet kalau available. Rugi kalau tak abadikan dalam bentuk gambar especially kalau part korang snorkeling dengan shark or penyu or ikan nemo.

Alhamdulillah, masa dekat Pulau Perhentian hari tu, sewa dengan chalet and siap ada bantuan ambil gambar dari guide. So, korang boleh tanya ejen dengan waterproof camera ni.

Islam tengah kejar penyu. Hahahaha
 
Gambar-gambar macam ni la nanti nak tunjuk dekat kawan-kawan. Kenangan gitu :)

9 | Pakej bersama makanan atau tidak?

Iday nasihatkan korang, kalau stay dekat Fisherman Village, jangan ambil pakej makanan. Sebab bila sebut tentang kampung nelayan, banyak kedai-kedai makan yang ada and murah. Mana taw dapat kurangkan harga pakej. Hehehe

Tempat lain iday tak sure,  tapi kalau kat Pulau ni, Fisherman Village je yang offer makanan murah. Bayangkan burger kat sini RM3 je. Malam tu, iday lepak dekat Long Beach, burger harga RM15. Rasa lebih kurang je.

Oh, dekat Fisherman Village ada jual ABC terbaik! Iday suka sebab ABC yang klasik dulu-dulu, takde pewarna yang macam-macam. Lupa pulak nak ambil gambar. Hahaha

10 | Tudung Inner untuk Snorkeling

Iday sarankan pada wanita-wanita betudung, bawa lah inner untuk snorkeling. Hahaha Hari tu iday pakai Bawal and sangat tak bagi kerjasama. Asal pakai goggles, tudung ke belakang. Siot je. Haha

11 | Check la tips usual bila pergi pantai or pulau macam pakai sunblock, bawa baju ape semua.

Hehehe Dah malas la ni nak bagi tips. Haha Tapi semoga berguna untuk mereka yang pertama kali nak ke Pulau Perhentian.

Oh iday lupa nak mention, jangan gatal nak plan cuti ke Pulau Perhentian semasa musim tengkujuh. Untuk pengetahuan korang, mana-mana chalet or hotel akan cuti selama 3 bulan semasa musim tengkujuh. Jangan nanti mentang-mentang Air Asia buat promo, korang pergi booking flight. So, contact ejen dulu baru booking flight okay!

Sesiapa nak plan ke Pulau Perhentian bersama rakan-rakan dan inginkan pakej yang murah especially diorang ada special price untuk student, boleh la stay dekat SealifeInn ye. Serius berbaloi-baloi. Bilik luas ada aircond and staff diorang baik-baik.

Whatsapp Enquiry :  +60142128764 (Encik Nazir)

Terima kasih kerana membaca 10 tips pertama kali ke Pulau Perhentian. Kalau ada tips lain boleh kongsikan di ruangan komen dibawah and kalau rasa tips ni berguna, boleh share! :)

 
Tips berguna ini ditulis oleh Blogger sayaiday
Untuk membaca lebih banyak cerita dari sayaiday, layari www.sayaiday.com

Leave a Reply

Note: Comments on the web site reflect the views of their authors, and not necessarily the views of the socialchef internet portal. Requested to refrain from insults, swearing and vulgar expression. We reserve the right to delete any comment without notice explanations.

Your email address will not be published. Required fields are signed with *

*
*